KATA ALUAN

KATA-KATA ALUAN GURU BESAR

                       Assalamualaikum , Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Salam Melaka 751 Tahun, Salam Melaka Maju Fasa Ke 2 dan Salam 1 Malaysia.
Pada kesempatan ini saya mengucapkan “Selamat Bertugas” kepada seluruh warga pendidik, staf sokongan  “Selamat Kembali Ke Sekolah” kepada semua murid SK alor Gajah 1, dan “Selamat Menempuh Alam Persekolahan” kepada murid Tahun 1 dan Prasekolah.
Menjelang tahun 2013, SK Alor Gajah 1 menempatkan 24 buah kelas Aliran Perdana, sebuah kelas Prasekolah dan dua buah  kelas Pendidikan Khas Integrasi Disleksia.
‘Ketekunan Tangga Kejayaan’ merupakan moto SK Alor Gajah 1 yang dijanakan melalui visi SK Alor Gajah 1  2014. Visi tersebut menuntut komitmen dan kesungguhan yang tinggi daripada para pendidik dalam merealisasikan tugas murni untuk mencorak dan membawa perubahan kepada insan yang bergelar ‘murid’.
Sebagai pendidik kita bertanggungjawab memahami dan melaksanakan semua dasar, transformasin dan agenda pendidikan negara dengan mengamalkan sikap proaktif, kreatif, inovatif dan kritis. Justeru itu, semua pendidik perlu bersikap mampan dan menguasai Teknologi Maklumat (IT) bagi penghasilan sumber pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan relevan dengan kehendak murid dan cabaran semasa.
Saya bagi pihak warga SK Alor Gajah 1, amat berterima kasih kerana mendapat sumbangan dan komitmen yang baik daripada pihak Kerajaan Negeri, Jabatan Pelajaran Melaka, Pejabat Pelajaran Daerah dan PIBG, dalam usaha memajukan sekolah dan meningkatkan prestasi murid.
Akhir sekali, kepada para pendidik dan staf sokongan SK Alor Gajah 1, selamat bertugas dalam suasana yang ceria, yakin dan ikhlas demi kegemilangan anak-anak didik yang bakal mewarisi dan menerajui pimpinan Negara pada masa depan.
“KE ARAH KECEMERLANGAN SK ALOR GAJAH 1 SEKOLAH LESTARI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”



PN ROSHAYATI BINTI ABD RAHIM
Guru Besar SK Alor Gajah 1 Sekolah Lestari


Read more...

3 comments:

  1. Good. SKAG1 always in my heart.

    ReplyDelete
  2. betul ke minggu kedua dan keempat ialah waktu bekerja dan wajib datang...bukan pejabat pos je macam tu..mmm pekeliling yang mana ni...mohon sebarkan

    ReplyDelete